Suamiku pengusaha homestay - Bab 2: Penentuan harga homestay


Kenapa anda memulakan bisnes homestay ?
  • Menampung keperluan bulanan 
  • Anda takut jika disewakan rumah anda akan hancur, jika disewakan secara harian atau jangka pendek, nyawa rumah lebih panjang 
  • Lihat orang lain memulakan bisnes homestay dan nampak macam menguntungkan 

Apa-apa pun, bisnes homestay bukan menjana duit yang banyak dan juga bermusim. Tetapi keuntungan seperti biasa akan datang dengan kuantiti homestay anda. Ia mudah, jika satu homestay anda untung RM 50 , jika ada 5 homestay anda akan untung RM 250.


Soalan pertama untuk pengusaha homestay adalah, berapa yang patut saya caj untuk pelanggan saya ? Harga boleh ditentukan dengan beberapa faktor.
  • Fasiliti yang ditawarkan 
Jakuzi, swimming pool, katil queen, fasiliti memasak, pendingin hawa boleh meningkatkan harga homestay anda.

  • Lokasi 
Lokasi anda jika berdekatan dengan pusat konvensyen, universiti, stesyen LRT, pantai, lokasi pelancongan akan mempengaruhi harga dan nilai homestay anda di mata penyewa.

  • Harga homestay lain di kawasan anda 
Jika anda meletakkan harga RM 300 dan harga homestay di kawasan anda adalah RM 150 anda tidak akan jana duit, begitu juga jika anda letak RM 100 , orang akan ingat homestay anda ada masalah. Jadi tips terbaik, selidik harga di kawasan anda. Jika anda pergi ke www.bnb.my anda boleh tapis kawasan dan jenis rumah di kawasan yang anda ingin tawarkan



Screen Shot 2015-03-07 at 9.21.19 AM.png




Suamiku Pengusaha Homestay - Bab 1 : Pemilihan lokasi dan jenis homestay

Dalam mengejar cita-cita menjadi pengusaha homestay dan memulakan pengembaraan impian anda, perlu diingatkan bukan semua rumah sesuai untuk dijadikan sebagai homestay. Pemilihan lokasi homestay memerlukan skil seperti bermain Monopoly atau Saidina. Anda tahu harga yang baik memerlukan lokasi yang baik untuk menjerat untung yang banyak dari aset-aset yang ada.

CC Image "Monopoly" dari Mike_Fleming di Flickr

Antara kriteria terbaik bagi pemilihan lokasi adalah