Suamiku pengusaha homestay - Bab 2: Penentuan harga homestay


Kenapa anda memulakan bisnes homestay ?
  • Menampung keperluan bulanan 
  • Anda takut jika disewakan rumah anda akan hancur, jika disewakan secara harian atau jangka pendek, nyawa rumah lebih panjang 
  • Lihat orang lain memulakan bisnes homestay dan nampak macam menguntungkan 

Apa-apa pun, bisnes homestay bukan menjana duit yang banyak dan juga bermusim. Tetapi keuntungan seperti biasa akan datang dengan kuantiti homestay anda. Ia mudah, jika satu homestay anda untung RM 50 , jika ada 5 homestay anda akan untung RM 250.


Soalan pertama untuk pengusaha homestay adalah, berapa yang patut saya caj untuk pelanggan saya ? Harga boleh ditentukan dengan beberapa faktor.
  • Fasiliti yang ditawarkan 
Jakuzi, swimming pool, katil queen, fasiliti memasak, pendingin hawa boleh meningkatkan harga homestay anda.

  • Lokasi 
Lokasi anda jika berdekatan dengan pusat konvensyen, universiti, stesyen LRT, pantai, lokasi pelancongan akan mempengaruhi harga dan nilai homestay anda di mata penyewa.

  • Harga homestay lain di kawasan anda 
Jika anda meletakkan harga RM 300 dan harga homestay di kawasan anda adalah RM 150 anda tidak akan jana duit, begitu juga jika anda letak RM 100 , orang akan ingat homestay anda ada masalah. Jadi tips terbaik, selidik harga di kawasan anda. Jika anda pergi ke www.bnb.my anda boleh tapis kawasan dan jenis rumah di kawasan yang anda ingin tawarkan



Screen Shot 2015-03-07 at 9.21.19 AM.png







Anda akan lihat berapa harga homestay di kawasan anda. Maka beberapa tips yang boleh digunakan untuk menawarkan harga yang berpatutan


  • Gunakan harga hujung minggu dan hari biasa yang berbeza 



Apabila anda meletakkan harga lebih murah pada hari biasa, sistem akan menyenaraikan harga yang lebih rendah di atas (jika ditapis dengan harga) . Maka penyewa akan lebih banyak melihat dan berkemungkinan akan memilih homestay anda. Anda juga boleh meletakkan harga yang lebih tinggi pada hari cuti dengan harga yang lebih mahal dari harga hujung minggu.








Contoh homestay saya pada cuti sekolah bulan Mac 2015 , harga pada hari biasa RM 130, harga hujung minggu RM 150 dan harga cuti sekolah sepanjang minggu adalah RM 170.

  • Menggunakan fasiliti ‘addon’

Addon adalah satu fasiliti di bnb.my untuk menambah nilai homestay anda. Kadang-kadang anda ingin tetamu mempunyai lebih nilai apabila tempah homestay anda. Adakah tetamu ingin tilam tambahan, air mineral, tuala mandi dan mungkin tiket ke tempat pelancongan. Letakkan di addon, di mana tetamu yang tidak ingin semua itu, akan dapat nilai yang lebih murah dan tetamu yang ingin lebih perlu membayar harga tambahan.







Kos dan keuntungan homestay

Setelah 2 tahun menguruskan homestay. Ini adalah peratus pembahagian kos dan keuntungan dalam pengurusan homestay bagi saya.

PerkaraPeratus

Tempahan

(Marketing + Jawab telefon + komisyen)
10-15%

Pembersihan

(Vakum,Mop lantai, tukar cadar )
10-15%
Cucian

(Cadar + Selimut + Towel )
5%
Keuntungan75%



Jika sewa unit anda adalah RM 150 bagi satu unit pangsapuri studio.

PerkaraNilai
Tempahan

(komisyen dari online booking / masa untuk menjawab soalan jika offline)
RM 15- RM 22.50
Pembersihan (upah orang)RM 150 - RM 22.50
Cucian (menggunakan dobi cucian layan diri)RM 7.50
KentunganRM 97.50 - RM 112.50


Ini juga belum di kira dengan pembelian barang-barang seperti tisu / alat bersih, minyak , elektrik dan lain-lain. Untuk praktis terbaik. 1/3 adalah belanja hangus bagi guesthouse anda. Jadi untuk penentuan harga anda perlu pastikan adakan keuntungan (2/3 * Harga) adalah berbaloi untuk usaha anda.


Jadi fikir baik-baik tentang semua kos yang terlibat jika anda ingin bermula, jangan terbakar tangan jika anda tidak kira semua kos ini.

4 comments:

  1. Mcm mana nak hubungi u utk tempahan en Amran?💆🏻

    ReplyDelete
  2. Saya cuba masuk iklan homestay dlm blog ni. Hampir 1 bulan rasanya. Still tidak berjaya.. Mohon feedback ASAP

    ReplyDelete
  3. Anda nak mulakan bisnes homestay? Wajib baca panduan ini:
    http://mobilecapturelead.com/biz/rahamanrasid/bisneshomestay

    ReplyDelete
  4. Jadikan homestay anda rebutan ramai

    http://bit.ly/2tnUW0n

    ReplyDelete