Suamiku Pengusaha Homestay - Bab 1 : Pemilihan lokasi dan jenis homestay

Dalam mengejar cita-cita menjadi pengusaha homestay dan memulakan pengembaraan impian anda, perlu diingatkan bukan semua rumah sesuai untuk dijadikan sebagai homestay. Pemilihan lokasi homestay memerlukan skil seperti bermain Monopoly atau Saidina. Anda tahu harga yang baik memerlukan lokasi yang baik untuk menjerat untung yang banyak dari aset-aset yang ada.

CC Image "Monopoly" dari Mike_Fleming di Flickr

Antara kriteria terbaik bagi pemilihan lokasi adalah




Berhampiran dengan tempat penganjuran acara

Contoh terbaik adalah seperti trade center, dewan majlis perkahwinan, tempat kursus. Di sebabkan saya berada di Melaka, sesuai untuk saya berikan contoh Melaka. Kawasan MITC adalah lubuk emas bagi pengusaha homestay . Melaka International Trade Center (MITC) selalu mengadakan acara mingguan sama. Dewan Bestari Ayer Keroh juga biasa mengadakan acara perkahwinan. Pastikan lokasi-lokasi akan menganjurkan acara mingguan untuk memastikan homestay anda sentiasa menjadi pilihan penganjur-penganjur untuk menempatkan staf-staff mereka ketika acara dijalankan.

Contoh homestay : 

Kawasan berdekatan dengan tempat pembelajaran

Universiti, kolej dan asrama biasa akan menerima kunjungan ibu bapa pada hujung minggu. Kadang kala juga majlis konvokesyen akan di adakan setiap tahun . Jadi kawasan berhampiran dengan tempat pembelajaran adalah sesuai untuk anda memilih lokasi homestay anda.

Contoh homestay : 

Tempat pelancongan

Lokasi pelancongan memang tidak perlu disebut dan sepatutnya menjadi pilihan utama anda jika ingin memilih lokasi homestay anda. Biasanya kawasan pelancongan akan menjadi pilihan utama hujung minggu dan jika anda bertuah, pada hari biasa juga anda akan mendapat tempahan. 
  • Kawasan tepi pantai (Pantai Chenang, Port Dickson)
  • Kawasan tinggi (Cameron Highlands)
  • Berdekatan dengan taman tema air (Gambang Water Park)
  • Kawasan bebas cukai (Langkawi)
  • Negeri Pelancongan (Melaka, Banda Hilir, Ayer Keroh)
Contoh homestay :

Berdekatan dengan pengangkutan awam
Walaupun ini jarang digunakan untuk homestay, tetapi jika ada acara ingin dihadiri di pusat bandar dan homestay anda berdekatan dengan LRT atau lapangan terbang, ia akan menjadi pilihan kepada tetamu walau pun berjauhan dengan lokasi acara tersebut.

Contoh homestay : 



Walau pun kriteria di atas adalah penting untuk menyediakan perangkap tetamu yang bagus, ada beberapa lagi kriteria yang mungkin anda perlu fikirkan.
  • Lokasi homestay dengan rumah anda
Jika anda baru bermula dan anda membuat semuanya secara sendiri, anda perlu fikirkan bagaimana proses penyerahan kunci, menyelesaikan masalah jika tetamu terkunci, pengawal mengadu tentang tetamu anda. Anda perlu berada cepat di lokasi homestay anda dan adalah satu kelebihan jika anda berada berdekatan.


Jika anda sudah membaca sehingga sekarang  dan rumah anda tiada kriteria di atas, anda boleh juga meneruskan perancangan anda untuk terus menjadikan rumah anda sebagai homestay. Ada homestay yang berjaya tanpa kriteria di atas tetapi perlu ada ciri unik sendiri seperti kolam renang atau ditambah dengan pakej team building atau rumah yang unik seperti http://www.bnb.my/space/details/114/bamboo_a_mas_sri_bamboo_homestay_kajang



Jenis Homestay
Jenis homestay juga akan memainkan peranan untuk tetamu memilih rumah anda. Jenis homestay juga akan menyebabkan pengiraan harga (di tajuk seterusnya) berbeza. Jika 1 bilik secara purata adalah 2-3 orang.



Jenis Homestay
Jumlah Orang
Anggaran Harga
Rumah banglow 5 bilik
 15-20 orang
  RM 400-800
Rumah teres 4 bilik
  8-12 orang
  RM 300-500
Rumah apartment 3 bilik     
  6-10 orang
  RM 200-400
Apartment studio
  2-4 orang 
  RM 100-200




Jadi apabila anda memilih jenis homestay, sudah ada anggaran harga dan sasaran pasaran anda. Jika besar rumah tersebut, lebih sukar untuk anda menyewanya. Jadi anda perlu ada ciri unik seperti kolam renang atau berdekatan dengan pusat membeli belah untuk tetamu memilih homestay tersebut. Tetapi jika homestay anda sangat kecil sehingga sasaran pasaran anda merasakan lebih baik menyewa hotel. Jadi pilihlah sebijaknya dan kaji sasaran pasaran anda masak-masak. Tips terbaik yang boleh saya berikan adalah, jika banyak hotel di kawasan tersebut, maka sesuailah kawasan tersebut untuk dibuat homestay


Apa-apa pun untuk bab seterusnya kita akan menerokai penyediaan homestay anda untuk menerima tetamu pertama. Kita jumpa dalam siri seterusnya "Suamiku pengusaha homestay"


8 comments:

  1. HOMESTAY MURAH DI KUANTAN ( 013-3604802 )..adalah .Ustaz Homestay Kuantan...... menawarkan penginapan sebuah rumah RM150 semalam....penginapan Dua malam RM 250....Penginapan Tiga malam RM 350.......kami menawarkan penginapan malam keempat dan seterusnya cuma tambah RM 50 semalam....TERIMA KASIH kerana anda membaca hebahan ini.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Ingin bercuti ke Kuala Terengganu???
    Ingin mencari penginapan yang selesa dan muroh??
    Fzy Homestay jawapannya...
    Untuk sebarang pertanyaan hubungi 0199390608@0199832356

    ReplyDelete
  4. Ingin bercuti ke Kuantan 'dengan product terbaik dari Warisan Homestay ktn
    Peralatan Bbq di sediakan .
    Call 019 3477271'... Keselesaan anda keutamaan kami .

    ReplyDelete
  5. Guest house delisha yg selesa dan berkonsepkan moden... whatapp 0199398395 untuk booking... tq

    ReplyDelete
  6. as salam...kpd yg ingin mencari homestay d lawas,SARAWAK bolehlah hubungi saya/wasap 010 762 8286

    ReplyDelete