Suamiku Pengusaha Homestay


Jadi apakah yang diperlukan untuk anda menjadi pengusaha homestay ?. Dengan kosong pengalaman, kita nampak semua adalah cantik di luar dan setelah masuk dalam bisnes tersebut baru tahu semua yang hodoh di dalam.

Siri Suamiku Pengusaha Homestay ini cuba menyingkap apa yang diperlukan untuk membuka satu homestay idaman anda. Di sini saya menggunakan terma homestay walaupun sebenarnya kebanyakan homestay di Malaysia adalah sejenis rumah tamu (guesthouse). Oleh kerana budaya Malaysia menggunakan terma homestay sebagai rumah tamu. Saya akan menggunakan homestay untuk memudahkan pemahaman siri artikel ini.

Jadi apa yang boleh anda jangkakan dari siri ini ?


  • Memilih lokasi
  • Kos permulaan 
  • Pilihan perkakasan 
  • Pengiklanan
  • Menguruskan tempahan
  • Menguruskan akaun
  • Membersihkan homestay
  • SOP dan pembesaran homestay
  • Amalan terbaik untuk pengurusan

Dan mungkin ada banyak lagi yang saya boleh kongsi sepanjang perjalanan menguruskan homestay. Ini adalah pengalaman dari kosong sebagai pengaturcara komputer dan terus melompat menjadi pengusaha homestay. Jadi pengalaman saya ini diharapkan dapat dijadikan sempadan atau untuk yang memasang impian melihat apa yang hodoh dan mungkin sedikit cantik di sebalik tirai untuk menjadi pengusaha homestay.

Pengalaman menjadi pengusaha homestay ini menyebabkan saya membangunkan www.bnb.my satu platform untuk pengusaha homestay menyenaraikan homestay mereka. Anda boleh lawati http://blog.bnb.my untuk tahu perkembangan lanjut artikel yang saya akan kongsi dari masa ke semasa. 

Pilihan lain, saya juga sudah membuka satu Facebook page di https://www.facebook.com/suamikupengusahahomestay untuk saya kongsi artikel bagi siri ini, maka


1 comment: