Teknikal : Statistik pengguna di BnB.my. Mobil lawan Desktop .

Semenjak pelancaran awal BnB.my pada bulan Ogos 2013 kami sentiasa melihat bagaimana pengguna kami berinteraksi dengan halaman web kami. Perubahan sedikit demi sedikit kami lakukan untuk mempermudahkah pengguna mencari penginapan terbaik ®  mereka. Kami amat suka dengan statistik dan membaca statistik pengguna kami adalah salah satu bahan bacaan sebelum tidur :). Kami kongsikan sedikit analisis mudah yang kami ambil dari Google Analytics dan berharap anda semua tidak tertidur sambil melihat analisis statistik kami :P. Dari pepatah Lies, Damn Lies & Statistics kami juga berharap pembaca mengganggap analisis kami mungkin tidak semuanya tepat.


statistik pengunjung BnB.my pada bulan May 2014 - Jun 2014

Jika dilihat dari statistik dalam tempoh 2 bulan ini. Pembahagian pengunjung yang menggunakan mobil(telefon bimbit) lawan desktop (laptop @ PC ) adalah lebih kurang 50%-50%.



Pengguna kami juga hampir 95 peratus berasal dari Malaysia dan ini bertepatan dengan penggunaan bahasa utama Melayu dari halaman web kami.


Ini adalah peratus pembahagian sistem operasi telefon bimbit di Malaysia, hampir 84 % pengguna menggunakan peranti Android dan jauh di tempat kedua 15% menggunakan sistem operasi iOS (Apple) .


Jadi peranti apakah yang paling popular di Malaysia ? Samsung menjadi juara dalam kes ini dengan Apple di tempat kedua dan Lenovo di tempat ketiga .


Ini pula peratus pembahagian jenis peranti yang dikuasai oleh Samsung di mana Note II, iPhone, Ipad , S III, Note III dan S IV di senarai mengikut kedudukan.

Sudah tertidur ?

Walaupun halaman web kami dibangunkan dengan rekaan responsif, tetapi kami tidak dapat memaparkan kandungan halaman web kami dengan baik. Kami rasa kami perlu paparkan kandungan kami dengan bentuk mobil. Sebab jika kami abaikan pengguna ini, bermakna kami mengabaikan 50% pengguna kami.

Semenjak dari awal tahun kami bereksperimen dengan Jquery Mobile (JQM) dan kami berpendapat dengan sumber pembangun yang kurang, kami mahu fokus kepada bahasa yang kami fasih dan berpendapat kami boleh selesaikan 80% masalah dengan web mobil berbanding dengan aplikasi mobil. HTML & Javascript adalah bahasa yang pembangun kami fasih maka Jquery Mobile adalah pilihan yang tepat walaupun ada komen mengatakan ia perlahan berbanding dengan aplikasi mobil natif.

Kami bermula dengan JQM versi 1.3 yang agak perlahan dan pada bulan lepas kami sudah berpindah kepada JQM versi 1.4 yang lebih laju dan tema flat yang lebih terkini. Kami agak berpuas hati dengan pilihan kami dan kami harap pengguna mobil kami gembira dan dapat melayari BnB.my dengan lebih lama untuk mendapatkan penginapan terbaik ®  mereka.













 Kami masih memerhati statistik dengan halaman mobil baru dan sasaran kami adalah untuk mengurangkan Bounce Rate (Peratus pengguna yang keluar dari halaman kami tanpa berinteraksi). Di harap kiriman blog seperti ini akan keluar sekali sekali untuk berkongsi konsep teknikal, UI/UX yang mungkin hampir 80% pengunjung halaman web ini tidak faham :)




5 comments:

  1. Tunjuk le yang pie chart mobile vs desktop vs tablet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Google Analytics takde bagi pie chart. haha.

      Delete
    2. Ada la....

      eh, camna komen ni boleh threaded?

      Delete
  2. Aku nak komen lagi sekali la, boleh promote page automatik.

    ReplyDelete