Memperkenalkan ciri terbaru ‘Jelajah’ / 'Explore' di bnb.my

Ini adalah salah satu ciri yang tidak sabar untuk kami lancarkan. Sudah diuji sebelum hari raya, dan kami rasa hari ini adalah hari yang sesuai untuk melancarkan ciri bnb.my yang terbaru. Sebagai satu 'platform' baru untuk pengusaha 'homestay' / rumah tamu bagi mengiklan dan menguruskan rumah mereka, sudah tentu kami berusaha untuk memberikan yang terbaik buat mereka. Kami sentiasa berfikir tentang apakah yang menyeronokkan pelancong ketika bercuti ? 
  • Tidur di bantal & bilik yang enak ?
  • Mendapat penjimatan berganda ketika bercuti ?
  • Bertanya rakan-rakan di negeri yang dilawati, mana tempat makan yang sedap (Makan) ?
  • Melawati tempat-tempat menarik di negeri tersebut (Jalan)?
  • Bergambar & membeli cendera hati (Shopping) ?
Kerana soalan-soalan ini mungkin ada untuk pengunjung homestay, kami melancarkan satu ciri terbaru di bnb.my iaitu 'Jelajah' / 'Explore'. Jika anda perasan, di halaman web kami ada satu menu tambahan;


Apabila anda klik link 'Jelajah' atau taipkan URL bnb.my/explore , anda akan dihidangkan dengan satu halaman baru.


Anggapkan ciri baru ini sebagai 'kawan' anda yang patut ada ketika melawat negeri Melaka & Selangor. Anda boleh 'tanya' mereka apakah tempat Makan,Jalan & Shopping yang menarik. Ciri 'tag' yang kami sediakan adalah satu senarai yang telah dipilih dengan teliti oleh pihak kami, iaitu tempat-tempat yang mungkin tersembunyi di negeri tersebut, yang anda boleh 'Jelajah' ketika bercuti.

Disebabkan bnb.my kini meliputi dua buah negeri di Malaysia iaitu Melaka dan Selangor, bnb.my telah menyediakan ciri terbaru iaitu ‘Explore’ atau bahasa Melayunya 'Jelajah', khas buat pengunjung yang ingin mengunjungi dua buah negeri ini (selebihnya akan menyusul secara berperingkat) dan ingin mengetahui tentang tempat-tempat menarik yang berada di sekeliling tempat yang mereka kunjungi. 




Anda juga boleh lihat pautan baru ini disetiap senarai homestay negeri masing-masing seperti bnb.my/Melaka & bnb.my/Selangor serta tag yang telah dibahagikan kepada tiga iaitu ‘Makan’, ‘Shopping’, dan ‘Jalan’ (akan bertambah bergantung kepada negeri). Senarai yang dimasukkan ke dalam ketiga-tiga kategori ini sedikit sebanyak dapat memudahkan anda bagi yang pertama kali berkunjung ke negeri-negeri tersebut (Melaka dan Selangor). 



Sebagai contoh, jika anda klik Jelajah > Melaka > Makan , anda akan dihidangkan dengan halaman seperti di bawah.



Roti naan ? Asam Pedas ? Perghh, itulah yang kami katakan bercuti :). Setiap halaman akan memaparkan homestay yang berdekatan dengan lokasi-lokasi menarik di halaman Jelajah. 


Anda teruja dengan ciri baru ini ? Kami juga tidak sabar untuk menjadi 'kawan' baru yang anda patut ada ketika bercuti ;).

Fungsi ‘Explore’ ini akan diperluaskan lagi seiring dengan penambahan homestay daripada negeri-negeri lain di seluruh Malaysia yang akan dikemaskini mengikut peringkat. Sekiranya anda mempunyai cadangan tentang tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di antara kedua-dua buah negeri ini, sila maklumkan kepada kami.

No comments:

Post a Comment