Kami pasang niat, buka langkah,
Mari Makan, Shopping dan Jalan kita Jelajah,
Kuala Lumpur kami buka mari bersanggah.
Buat pengunjung baru dan lama, mungkin ternanti-nanti bila kami akan senaraikan rumah tamu / homestay di ibu negara Malaysia ini. Maka hari ini, dengan berkat hari Jumaat, dengan rasminya Kuala Lumpur berada di dalam senarai.
Tuan dan puan semua boleh terus ke http://www.bnb.my/KualaLumpur untuk melihat senarai rumah-rumah baru dan jika ingin mengetahui apakah tempat menarik yang boleh di lawati di Kuala Lumpur pada musim cuti akan datang, boleh baca-baca Jelajah Kuala Lumpur http://www.bnb.my/explore/Kuala_Lumpur .
Dengan Kuala Lumpur menjadi langkah ketiga kami, usaha ini tidak akan berhenti di sini dengan sasaran kami akan menyenaraikan lebih dari separuh rumah tamu / homestay negeri-negeri di Malaysia sebelum hujung tahun ini. Kami akan berusaha menjadi halaman terbaik penyenaraian rumah tamu / homestay di Malaysia !
Jika anda ada cadangan untuk menambah tempat-tempat yang menarik untuk di tambah kepada halaman Jelajah kami, anda boleh kirimkan emel di support@bnb.my .
No comments:
Post a Comment